Sweet Child

Sweet Child[1] atau juga dieja SweetChild[2], merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada sekitar tahun 1995. Antara lagu popular mereka ialah Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan, Mainan Perkasihanmu dan Terlarang Itu Godaan. Kumpulan Sweet Child masih lagi wujud sungguhpun selama 16 tahun mereka tidak tampil dengan produk terbaru.[3]Penyertaan Acong SweetChild di dalam acara GegarVaganza turut memberi pendedahan bagi kumpulan SweetChild. Kebangkitan muzik 90-an masa kini sedikit sebanyak membantu mengembalikan populariti mereka terutamanya dikalangan generasi baharu. Lagu-lagu popular mereka seperti Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan, Mainan Perkasihanmu dan Terlarang Itu Godaan kini semakin diminati oleh golongan muda.Kebangkitan lagu-lagu era 90-an memang sedikit sebanyak memberi impak kepada Sweet Child serta turut memberi idea kepada mereka untuk menghasilkan lagu berkonsepkan 90-an kerana ia diminati pendengar. Mereka sedang merancang untuk menghasilkan single terbaharu sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa menyokong karier seni Sweet Child.[4]Pada tahun 2016, kumpulan Sweet Child telah menghasilkan dua lagu baharu dengan rentak balada berjudul Doa Dariku dan Lepaskanmu. Pada 2017 pula, kumpulan Sweet Child turut menghasilkan dua single baharu.[5]Anggota asalnya terdiri daripada :-

Sweet Child

Berasal dari Malaysia
Syarikat rakaman Menora Music / BMG Music
Genre Rock 'N' Roll
Ahli Acong
ijan
Pat
Yem
Bekas ahli Saiful Azlan Ahmad (Polan)
Faizul Affandi (Eleng)
Ahmad Fauzi Saat (Pojie)
Hasmizan Abd Hamid (Choot)
Tahun aktif 1995 - kini